You must be logged in to post a review.

Zikir & Doa Muslimah Solehah
AvailableAuthor: Ustazah Datuk Dr Nurhafizh Musa & Abu Ayyub El-Faruqi
Pick-up location: Teck Whye Lrt
Buku Zikir dan Doa Muslimah Solehah adalah sebuah buku kompilasi doa-doa yang dikumpulkan khas untuk amalan harian muslimah. Buku ini mengandungi 3 bahagian, iaitu, bahagian pertama; panduan berdoa, bahagian kedua; doa amalan harian, dan bahagian ketiga; bonus doa dan zikir.
Zikir dan doa yang disediakan dalam buku ini semuanya sudah disemak sumber dan diyakini boleh dijadikan amalan harian dan mudah-mudahan mendapat fadhilat daripadanya.
Pada bahagian kedua, antara doa amalan harian muslimah yang dilampirkan adalah berkaitan masalah hati, masalah kewanitaan seperti datang bulan dan kehamilan, masalah pendidikan, masalah kerjaya, masalah rezeki, masalah cinta, masalah keluarga, masalah kesihatan, dan juga masalah berkaitan dengan gangguan sihir. Kesemua sembilan masalah yang dinyatakan adalah masalah yang menjadi norma dalam kehidupan muslimah.
Manakala, pada bahagian ketiga pula, antara doa dan zikir yang dijadikan bonus untuk buku ini adalah zikir selepas solat fardu dan sunat, doa untuk amalan harian sepanjang 24 jam, doa dengan Asmaul Husna dan juga koleksi selawat pilihan.
Wanita dan ibadah sangat akrab, mudah-mudahan dengan adanya buku Zikir dan Doa Muslimah ini, dapat menjadikan muslimah semakin istiqamah dan memperoleh keberkatan daripadanya.
Reviews
There are no reviews yet.