Skip to content

Surat untuk Orang yang Putus Asa

Available

Author: Adnin Roslan

Pick-up location: Bedok MRT

Pernah tak terkadang, kau rasa ujian hidup yang kau lalui terlalu berat, hingga sampai satu tahap, kau rasa tersangat pedih, sedih, resah, gelisah, terseksa, gundah-gulana, sehingga kau berkali-kali nak bunuh diri. Pernah tak?

Hatta, terkadang kita pernah salahkan Allah, benci Allah dan menganggap Allah kejam, kerana beri kita ujian yang bagi kita, ianya tidak lagi mampu untuk kita hadapi.

Wahai kawanku yang pernah berputus-asa dengan musibah yang melandamu, yang berputus-asa kerana depresi, yang berputus-asa dengan agama, berputus-asa dengan taubat, putus-asa dalam perubahan, rasa lemah dalam dakwah tarbiah, berputus-asa dalam mencari rezeki, berputus-asa dengan doa, berputus-asa dalam mencari ilmu, dan berputus-asa dengan usaha mencari jodoh, dan sebagainya…

Aku hadiahkan surat ini buatmu.

Agar kau tahu, agar kau faham, sebenarnya, tuhan tidaklah kejam seperti yang kau sangkakan.

Agar kau tahu, segala masalah yang kau lalui itu, ada jalan keluar.

Kerana itu, aku hadiahkan surat ini buatmu, SURAT UNTUK ORANG YANG PUTUS ASA.

To borrow this book please log in using telegram
Step 2:Copy this message and send to our Telegram bot:
Borrow request
Surat untuk Orang yang Putus Asa
720
214249920





SKU: M000389 Category: Tags: , ,

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Surat untuk Orang yang Putus Asa”