Skip to content

Rabiatul Adawiyah

Available

Author: Zahiruddin Zabidi

Pick-up location: Punggol MRT

Rabiatul Adawiyah adalah wanita yang diangkat tarafnya menjadi wali. Punyai suara yang merdu dan wajah yang ayu, namun cinta hatinya tidak mampu dimiliki lelaki. Biarpun ulama terbilang yang datang meminang, biarpun Sultan negara yang datang merisik, Rabiatul Adawiyah kekal sendiri kerana cinta hatinya hanya untuk-Nya.

Kisahnya bermula dengan lahirnya anak keempat dalam keluarga yang miskin. Beliau dinamakan Rabiah yang bermakna nombor empat. Beliau diuji dengan kematian ayah dan ibunya pada saat beliau masih muda. Tidak cukup dengan itu, beliau diculik pula lalu menjadi hamba.

Tidak sedikit pun Rabiah kesal. Untuknya, Allah tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Tiada sebaik-baik pelindung selain Allah dan tiada sebaik-baik tempat mengadu juga selain Allah. Sampai akhir hayatnya Rabiah tersenyum pada saat malaikat maut sudah hampir ke arahnya, kerana beliau sudah terlalu rindu kepada Kekasih hatinya.

To borrow this book please log in using telegram
Step 2:Copy this message and send to our Telegram bot:
Borrow request
Rabiatul Adawiyah
713
1736492938





SKU: M000382 Categories: , Tags: , , ,

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Rabiatul Adawiyah”