Skip to content

Kitab Adab Perempuan

Available

Author: Ahmad bin Ya’qub al Johori

Pick-up location: Canberra MRT

Ḥikmah dan kebijaksanaan leluhur kita dalam ḥāl iḥwal rumah tangga dibuktikan dalam Kitāb Ādāb Perempuan. Ianya sebuah karya penting yang mengasuh pengetahuan kekeluargaan seawal peringkat pemilihan pasangan, sehinggalah sebesar-besar kewajipan: yaʻnī pendidikan anak-anak.

Nilai-nilai keṣiḥatan, antaranya naṣīḥat untuk ibu mengandung, panduan menyusu dan mencari ibu susuan, serta penjagaan kesihatan anak terdapat dalam naskhah ini – dengan lengkap dan terperinci.

Kitab ini juga membincangkan urus tadbir rumah tangga dan perbendaharaan isi rumah dengan rinci. Pengarang menṣifatkan peranan perempuan sebagai isteri, ibu, dan penghulu rumah tangga sebagai:
…sebesar-besar pekerjaan yang patut disempurnakan kerana berkhidmatkan waṭan (tanah air) kemanusiaan.

Kitāb ini dikarang pada tahun 1926 oleh Aḥmad Yaʻqūb Al-Johori bagi rujukan dan bacaan perempuan-perempuan muda dan digunakan sebagai pengajaran di dalam sekolah-sekolah agama kerajaan Johor sebagai persediaan awal menempuh ʻālam perkahwinan. Pada tahun 1965, kitāb ini telah pun mencapai juzu’ (edisi) ketiga dengan bilangan cetakan yang kesembilan.

To borrow this book please log in using telegram
Step 2:Copy this message and send to our Telegram bot:
Borrow request
Kitab Adab Perempuan
685
606789876





SKU: M000343 Category: Tags: , ,

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kitab Adab Perempuan”