Skip to content

Islam dan Pluralisme Agama

Available

Author: Khalif Muammar

Pick-up location: Canberra MRT

Agama tidak boleh bersandarkan kepada sangkaan (zann), spekulasi dan andaian tetapi mestilah bersandarkan kepada ilmu dan kepastian. Ilmu dan kepastian ini adalah anugerah yang diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai hidayah dan petunjuk kepada orang yang beriman. Kerana itu para ilmuwan islam sejak dahulu kala bersikap tegas terhadap golongan Sufasta’iyah (Sophists), yang terdiri daripada kelompok agnostik (al-la adriyyah) yang menafikan kemungkinan manusia memperoleh ilmu dan kebenaran; kelompok subjektivis (al-‘indiyyah) yang menjadikan ilmu dan kebenaran bergantung kepada kehendak manusia; dan kelompok yang keras kepala (al-‘inadiyyah) yang berkeras menolak kebenaran meskipun ianya terang dan jelas. Golongan Sufasta’iyah ini jugalah, dengan wajahnya yang baru, yang kini mencanangkan fahaman pluralisme agama dan menolak kebenaran mutlak agama Islam. Adalah menjadi tujuan utama penulisan buku ini untuk menjelaskan kerancuan dan kekeliruan yang dicetuskan oleh faham pluralisme agama ini dan meletakkan kembali sikap tegas dan jelas dalam mempertahankan Tawhid yang mencirikan agama Islam sebagai agama yang sebenar di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Dr Khalif Muammar A. Harris merupakan Profesor Madya di Centre for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation (CASIS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur. Beliau telah mendapat pendidikan di peringkat Sarjana Muda (B>A) dalam bidang Shari’ah dan Pengajian Islam di Universiti Mu’tah Jordan; M.A. dan Ph.D. dalam bidang Tamadun Islam di ISTAC, UIAM. Antara karya beliau adalah Atas Nama Kebenaran: Tanggapan KRitis Terhadap Wacana Islam Liberal (2006).

To borrow this book please log in using telegram
Step 2:Copy this message and send to our Telegram bot:
Borrow request
Islam dan Pluralisme Agama
684
606789876





SKU: M000342 Category: Tags: , ,

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Islam dan Pluralisme Agama”