Skip to content

Di tepi sungai daljah

Available

Author: Hamka

Pick-up location: Lepak Space (729 North Bridge Rd 2nd floor)

[Book is only for pick up at Lepak Space]

Dan sekarang, terkumpullah ingatanku ke tanah yang akan kusinggahi. Tanah Iraq dan ibu kotanya Baghdad. Maka terkenanglah saya akan riwayat-riwayat yang telah lama dibaca dalam buku. Baik buku-buku waktu masa kemegahan Islam, atau buku-buku hikayat 1001 Malam yang terkenal dan masyhur itu. Teringatlah bahwasanya sejak zaman purbakala, tanah Iraq, iaitu hujung sebelah utara dari Jazirah Arab, di tepi sungai-sungai Dajlah dan Furat, adalah negeri yang telah melalui riwayat beribu-ribu tahun.

Di sanalah dahulu kalanya berdiri kerajaan Babylonia. Dan di negeri Babylonia itulah meninggal Iskandar Masedonia ketika dia hendak pulang kembali ke Yunani, sesudah menaklukkan tanah Parsi dan sebahagian dari tanah India. Iaitu 3 abad sebelum Al-Masih dilahirkan.

Buku ini merupakan kisah pengembaraan Buya Hamka ke Kota Baghdad, Iraq pada tahun 1950. Pernah diterbitkan kali pertama pada 1952 oleh penerbitan GAPURA N.V. Jakarta. Terbitan pertama 2018 oleh Jejak Tarbiah dengan izin hakcipta pewaris Hamka

To borrow this book please log in using telegram
Step 2:Copy this message and send to our Telegram bot:
Borrow request
Di tepi sungai daljah
839
220785604





SKU: M000510 Categories: , Tags: , , ,

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Di tepi sungai daljah”